PLS terima pelaburan RM210 juta daripada MyFarm - Utusan Malaysia

PLS terima pelaburan RM210 juta daripada MyFarm

KAZUMA Nishitsuji dan Lee Hun Kheng menunjukkan perjanjian usaha sama yang telah ditandatangani untuk projek penanaman durian di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLS Plantation Bhd. (PLS) menerima pelaburan sebanyak RM210 juta daripada MyFarm, sebuah syarikat pertanian dari Kyoto, Jepun untuk melancarkan projek penanaman durian di tanah seluas 1,000 hektar di Raub, Pahang.

Ia menandakan pelaburan Jepun terbesar dalam industri durian di Malaysia.

Pengerusi PLS Plantation, Tan Sri Nazir Razak berkata, ini adalah langkah pertama PLS untuk menjadi syarikat agromakanan terkemuka di Malaysia.

“Perkongsian strategik seterusnya akan dikenal pasti dan berkembang ke aktiviti perladangan lain seperti ladang hutan, tanaman kontan serta pertanian dan akuakultur lain yang akan menjadi sebagai sebahagian daripada Peningkatan Sekuriti Makanan Negara,” katanya dalam kenyataan.

PLS menerusi anak syarikatnya, PLS LESB Sdn. Bhd. memeterai perjanjian usaha sama (JV) bernilai RM429 juta dengan MyFarm serta unitnya, Millennium Agriculture Technology Sdn. Bhd. (MAT) dan Akar Barat Sdn. Bhd.

Menurut perjanjian induk yang ditandatangani pada 16 Januari lalu, MAT akan melabur sehingga 49 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat milik penuh PLS LESB, manakala 51 peratus dimiliki oleh PLS Plantations.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Myfarm, Kazuma Nishitsuji berkata, pihaknya yakin dengan usaha sama tersebut memandangkan PLS mempunyai kedudukan selaku syarikat agromakanan mampan dan berpengalaman luas.

“PLS sesuai untuk Myfarm kerana penanaman durian dan penanaman selingan adalah pelaburan mampan yang boleh mempercepatkan lagi pengembangan pertanian kami di Malaysia dan rantau ini,” ujarnya.

MAT dan Myfarm dijangka melengkapkan peringkat pertama pelaburan dalam syarikat JV itu pada atau sebelum 30 April tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya