KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang memiliki kenderaan elektrik (EV) pada harga berpatutan ekoran syarikat automotif tempatan dijangka mengeluarkan kereta tersebut dalam tempoh tiga ke empat tahun lagi. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan, satu perbincangan bersama pengeluar kereta tempatan untuk mengeluarkan kenderaan berkenaan pada harga berpatutan sedang dijalankan. Bagaimanapun, harga sebenar kereta EV tempatan berkenaan tidak dimaklumkan memandangkan ia masih dalam perbincangan. Pengarah Kanan Pembangunan Industri MITI, Datuk Hanafi…