PETALING JAYA: RHB Investment Bank mengunjurkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia akan dinaikkan hingga 3.50 peratus tahun ini. Dalam nota penyelidikannya, RHB Investment berkata, kadar tersebut sejajar dengan jangkaan kadar dana persekutuan Amerika Syarikat (AS) mencapai 5.0 hingga 5.25 peratus pada 2023. Katanya, aliran daripada peningkatan terkumpul 100 mata asas pada 2022 serta kemungkinan dua hingga tiga kenaikan OPR lagi pada 2023 bermakna, margin faedah bersih (NIM) bank…










