MR D.I.Y., HATI sumbang ‘Wang Nilai CNY’ ke 14 rumah kebajikan - Utusan Malaysia

MR D.I.Y., HATI sumbang ‘Wang Nilai CNY’ ke 14 rumah kebajikan

SUKARELAWAN MR. D.I.Y. dan HATI menghulurkan sumbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina kepada penghuni Rumah Victory, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Menyentuh Hati Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia (HATI) untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Wang Nilai CNY’ dengan mengagihkan angpau dan pelbagai barangan lain kepada komuniti yang memerlukan. 

Kedua-dua organisasi tersebut telah menggerakkan para sukarelawan untuk mengunjungi Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia di Kuala Lumpur, sebuah rumah kebajikan untuk kanak-kanak, remaja dan warga emas di Selangor untuk meraikan Tahun Baharu Cina.

Program tersebut juga dimeriahkan dengan para sukarelawan yang mengadakan pelbagai aktiviti permainan, membantu para penghuni memasang hiasan Tahun Baru Cina dan sesi ‘Lou Sang’. 

Rumah kebajikan tersebut turut menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM1,000 untuk membantu mereka membeli barangan keperluan harian.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, Tahun Baharu Cina adalah waktu di mana kita meluangkan masa bersama keluarga dan meraikan pelbagai tradisi Cina.

“Namun, tidak semua orang bernasib baik dan dapat meraikan tradisi tersebut bersama keluarga, jadi kami ingin memastikan golongan ini juga dapat merayakan Tahun Baharu Cina yang bermakna.

“Inisiatif ‘Wang Nilai CNY’ dengan HATI membolehkan kami berkongsi kemeriahan perayaan ini kepada mereka yang mungkin bersendiri atau sedang mengalami cabaran. Kami amat gembira melihat kemeriahan yang telah terhasil dari program tersebut,” katanya dalam kenyataan. 

Ujarnya, hasil usaha gigih HATI dan pasukan MR D.I.Y. Cares, mereka berjaya mencipta kelainan untuk para penghuni rumah-rumah kebajikan ini. 

Pihaknya berharap dengan berbuat demikian, kumpulan dapat menghasilkan impak yang positif dan menggalakkan syarikat-syarikat korporat lain untuk turut melaksanakannya.

Orang ramai boleh menonton video perayaan Tahun Baru Cina MR D.I.Y. di laman rasmi YouTube, https://youtu.be/Bz0i_cH481k. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.