Kerajaan negeri rugi, pelabur beri reaksi negatif - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri rugi, pelabur beri reaksi negatif

KEDAI perjudian ditamatkan lesen dan tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan negeri Kedah menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri dilihat akan merugikan dari segi pendapatan manakala pelabur akan memberi reaksi negatif dalam tempoh jangka pendek.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, bagaimanapun, kerajaan negeri mungkin melihat dari kesan sosial dan politik yang lebih positif daripada keputusan tersebut.

“Aktiviti perjudian di premis judi selepas ini akan berubah kepada perjudian dalam talian sahaja yang tidak akan memberikan sebarang pendapatan kepada kerajaan negeri. Ini juga kerana kerajaan negeri sendiri tidak mahu pendapatan daripada aktiviti tersebut.

“Justeru, sudah tentu pendapatan kerajaan negeri akan berkurangan dan para pelabur juga akan memberi reaksi negatif dalam jangka pendek namun dijangka bakal menyesuaikan portfolio pelaburan mereka dengan pasaran tempatan.

“Situasi ini dapat kita lihat di Kelantan dan Terengganu yang masih menarik pelaburan yang selektif dalam jangka masa panjang walaupun telah membuat keputusan yang sama terlebih dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengumumkan keputusan menutup semua premis perjudian dan loteri di negeri itu bermula 1 Januari 2023, mengikuti langkah Kelantan dan Terengganu.

Keputusan itu dibuat bagi mengelak mudarat lebih besar kepada penduduk negeri berkenaan selain bagi mencapai sasaran sifar judi.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kontroversi apabila masyarakat bukan Islam mendakwa tindakan kerajaan negeri itu melanggar hak mereka sebagai rakyat Malaysia, sehingga menyebabkan Muhammad Sanusi meminta mereka membeli nombor ekor di negeri lain.

Aimi Zulhazmi menegaskan, dari perspektif ekonomi, sumbangan cukai daripada pusat perjudian di negeri-negeri mungkin tidak signifikan, namun terdapat pendapatan lain yang berkaitan dengan negeri seperti cukai, papan pengiklanan.

“Syarikat perjudian mungkin kehilangan tempat dalam perniagaan dengan premis namun ramai yang telah bersedia dan telah memindahkan perniagaan mereka secara dalam talian, sama seperti menyesuaikan diri dengan keadaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

“Kebangkitan perjudian dalam talian yang sudah menular walaupun di kawasan luar bandar, ancaman teknologi sukar dihentikan. Justeru, kerajaan negeri Kedah mungkin sudah melakukan penilaian penuh sebelum membuat keputusan.

Hak bukan Islam untuk berjudi mungkin dilucutkan tetapi mereka mempunyai alternatif melalui perjudian dalam talian yang biasa pada masa kini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya