PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) telah menghantar sebanyak 16 kakitangannya ke Hangzhou, China bagi menyertai latihan selama enam bulan mengenai kenderaan tenaga baharu (NEV). Menurut Proton, mereka yang berlepas pada 10 Disember lalu, akan ditempatkan di Institut Penyelidikan Geely di Ningbo dan dilatih dalam pelbagai bidang melibatkan pembangunan, penyepaduan, pembuatan, jualan dan perkhidmatan untuk kenderaan generasi baharu yang bakal diperkenalkan secara beransur-ansur. Jelasnya, kumpulan itu merupakan kakitangan pertama yang…