MYAirline mula terbang

MYAirline mula terbang

RAYNER Teo bersama pramugari MYAirline yang sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada bakal penumpang syarikat penerbangan tambang rendah baharu itu. – UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: MYAirline, syarikat penerbangan tambah rendah baharu tempatan, akan memulakan penerbangan ke Langkawi hari ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dengan menggunakan pesawat Airbus A320-200.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline), Rayner Teo, sebanyak dua kali sehari pener­bangan ditawarkan bagi laluan Kuala Lumpur-Langkawi dengan kadar tambang sehala termasuk semua bermula dari RM48.

Selain Langkawi, syarikat penerbangan itu turut menawarkan laluan Kuala Lumpur-Kuching (dari RM68 sehala) dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu (dari RM88 sehala) menggunakan jenis pesawat sama yang mempunyai 180 tempat duduk.

Kata beliau, sejak tempahan dibuka secara dalam talian Jumaat lagi, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kadar purata penum­pang sebanyak 70 peratus.

“Melihat kepada sambutan diberikan, kami yakin mampu mencapai prestasi kewangan positif untuk setahun pertama operasi,” katanya dalam sesi meja bulat bersama media di ibu pejabat syarikat itu di sini, semalam.

Menurut Rayner, pada masa hadapan pihaknya akan me­lancarkan destinasi baharu domestik iaitu Kota Bharu, Pulau Pinang, Sibu dan Tawau.

Katanya, selain destinasi utama tempatan, syarikat berhasrat melancarkan penerba­ngan ke destinasi antarabangsa popular yang berada pada julat empat jam penerbangan seawal suku pertama 2023.

Bagi memenuhi permintaan itu, MYAirline akan menambah jumlah pesawatnya kepada 50 buah secara pajakan pada tahun hadapan.

“Selain pesawat A320, kami turut akan mempertimbangkan penggunaan pesawat A321,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN