Bursa kembali di bawah paras 1,500 kerana aktiviti pengambilan untung - Utusan Malaysia

Bursa kembali di bawah paras 1,500 kerana aktiviti pengambilan untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun melepasi paras 1,500 pada tengah hari ini kerana aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan kukuh semalam.

Pada pukul 12.11 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.53 mata kepada 1,482.35 daripada 1,501.88 pada penutupan semalam.

Suasana pasaran bertukar negatif apabila dengan kaunter rugi mendahului kaunter untung sebanyak 536 berbanding 297, manakala 363 kaunter tidak berubah, 1,067 tidak diniagakan dan 15 lagi digantung.

Top Glove muncul sebagai rugi terbesar dalam kalangan 30 konstituen indeks FBM KLCI selepas susut tujuh sen atau 7.1 peratus kepada 91.5 sen, dengan 45.91 juta saham bertukar tangan.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh sebanyak 115.26 mata kepada 10,553.31, Indeks FBMT100 susut 83.56 mata kepada 10,309.26, Indeks FBM Emas Shariah susut 139.15 mata kepada 10,665.68, FBM 70 merosot sebanyak 39.15 mata kepada 12,660.67 dan FBM ACE susut 38.39 mata kepada 5172.19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya