PETALING JAYA: AirAsia X Berhad (AAX) dalam usaha memacu strategi bagi menangani status Nota Amalan 17 (PN17) selepas menerima kelulusan tempoh lanjutan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia). Syarikat penerbangan jarak sederhana itu menerima kelulusan tempoh lanjutan sehingga 28 April 2023 untuk mengemukakan cadangan pelan regularisasinya. AAX telah membabitkan AmInvestment Bank Berhad, Messrs Mah-Kamariyah & Philip Koh, Deloitte Corporate Advisory Services Sdn Bhd, Messrs Ernst & Young PLT, Smith Zander International Sdn Bhd, dan BDO Governance Advisory Sdn Bhd untuk menasihati dalam pelbagai aspek bagi menyelaraskan status PN17 tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya