WCT rekod pertumbuhan perolehan S2 kepada RM561 juta

WCT rekod pertumbuhan perolehan S2 kepada RM561 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: WCT Holdings Berhad mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak RM561 juta pada suku kedua (S2) tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, berbanding RM436 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan tersebut menunjukkan pemulihan Kumpulan selepas pandemik walaupun dalam persekitaran yang tidak menentu.

Keuntungan Kumpulan yang boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti pula meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM58 juta pada suku yang sama berbanding RM16 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, syarikat mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi pada RM1.2 bilion bagi enam bulan pertama tahun kewangan dilaporkan, berbanding RM880 juta yang direkodkan bagi tempoh sama pada 2021.

Keuntungan Kumpulan yang boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti dicatatkan pada RM89 juta bagi separuh kedua berbanding RM82 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan, WCT memaklukan, Bahagian Kejuruteraan dan Pembinaan kumpulan terus mengekalkan prestasi syarikat untuk tempoh semasa, menyumbang 64 peratus daripada hasil dengan menjana hasil sebanyak RM750 juta.

Dalam pada itu, Bahagian Pembangunan Hartanah mencatatkan hasil dan keuntungan operasi masing-masing sebanyak RM324 juta dan RM44 juta pada suku kedua.

Hasil yang lebih tinggi ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam hasil daripada penjualan tanah kosong sebanyak RM214 juta dalam tempoh semasa berbanding RM135 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan kumpulan, Datuk Lee Tuck Fook berkata, WCT Holdings kekal teguh dan mencatatkan prestasi yang lebih baik ketika kita menuju ke arah pasca pandemik, walaupun berdepan dengan persekitaran  makro ekonomi yang mencabar.

“Pada Julai, pusat membeli-belah WCT menjalin kerjasama dengan Tourism Malaysia dan Visa, untuk meningkatkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara dengan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang paling diingini.

“Siri kempen #SHOPPINGEXTRAVAGANZA dilancarkan di pusat membeli-belah WCT seperti Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bharu, gateway@klia2, dan SkyPark Terminal bagi memberi tawaran kepada pembeli,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, bahagian pembangunan hartanah pula memperkenalkan pangsapuri berketumpatan rendah terbaharu iaitu Adenia Apartments pada awal bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya