RM5 juta untuk program takaful Peladang-i - Utusan Malaysia

RM5 juta untuk program takaful Peladang-i

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi menguruskan dan mempromosikan caruman takaful ahli peladang di seluruh negara di bawah Program Smart Card Keluarga Peladang (Peladang-i) dengan peruntukkan berjumlah RM5 juta.

Menerusi kerjasama ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukkan RM5 juta kepada LPP, yang akan disalurkan secara sekali beri (one off) kepada Agrobank untuk menguruskan caruman takaful ahli-ahli peladang di bawah program berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai EKsekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank sebagai sebuah syarikat kewangan mempunyai kepakaran dan kapasiti bagi menguruskan peruntukan dan dana yang bertujuan menjaga kesejahteraan komuniti pertanian dan agromakanan secara amnya.

“Agrobank amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan LPP bagi membantu ahli-ahlinya di seluruh Malaysia dalam menawarkan manfaat daripada kad pintar Peladang-i yang akan memberikan impak nilai tambah tinggi untuk meningkatkan kualiti pengalaman perbankan mereka yang turut disertakan dengan manfaat daripada perlindungan takaful ini,” katanya.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman itu berlangsung di MAEPS, Serdang kelmarin sempena MAHA 2022. 

Majlis pertukaran MOU telah disempurnakan oleh Tengku Ahmad Badli Shah dan Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita, disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Pengerusi Agrobank.

Menurut Tengku Ahmad Badli Shah, Agrobank menyasarkan kira-kira 10,000 ahli baharu LPP akan didaftarkan di bawah program itu.

Jelasnya, Agrobank akan turut berhubung secara terus dengan pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara untuk mempromosi atau membuka kaunter pembukaan akaun Peladang-i seterusnya mendaftarkan perlindungan Takaful kepada ahli–ahli yang layak.

Program Smart Card Keluarga Peladang mempunyai gabungan ciri-ciri tiga dalam satu menerusi kad debit Co-Brand Agrobank.

Selain berfungsi sebagai kad identiti keahlian berkonsepkan transkasi perbankan moden, kad Peladang-i turut dilengkapi dengan manfaat perlindungan Takaful sehingga RM5,000 dengan bayaran serendah RM5 setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya