PROTON taja kenderaan untuk SUKIPT 2022 - Utusan Malaysia

PROTON taja kenderaan untuk SUKIPT 2022

Pengurus Besar Proton Edar, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa, (dua dari kiri) menyerahkan replika kunci kereta sebagai simbolik penyerahan 10 kereta Proton kepada Timbalan Ketua Setiausaha bagi Polisi, KPT, Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional, PROTON menaja sebanyak 10 unit kenderaan yang terdiri daripada pelbagai model kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyokong Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022.

Acara sukan dwi tahunan anjuran KPT itu bermula dari 12 hingga 21 Ogos 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

Sebanyak 21 acara sukan dipertandingkan dan anggaran penyertaan kira-kira 6,000 atlet serta pegawai daripada institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.

Sumbangan PROTON yang terdiri daripada lapan unit Proton Perdana serta masing-masing satu unit Proton X70 dan Proton Saga itu diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian serta Timbalan Setiausaha Sukan dari KPT, Datuk Dr. Pekan Ramli dalam majlis penyerahan penaja yang diadakan di kementerian, baru-baru ini.

Pengurus Besar Proton Edar, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa berkata, ini adalah kali kedua PROTON menyokong SUKIPT setelah pihaknya turut terlibat sebagai penaja temasya edisi

“Syarikat berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam acara sukan yang penting untuk pelajar pengajian tinggi ini dan kami berharap penajaan kami akan membantu dalam memastikan kelancaran SUKIPT 2022,” katanya.

Selain daripada peranannya dalam temasya ini, PROTON juga telah menyumbang kepada pembangunan sukan di sekolah-sekolah di Tanjung Malim tahun ini. 

Syarikat menyampaikan sumbangan wang tunai dan peralatan sukan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Proton City pada 27 Jun manakala pada 28 Julai, sumbangan tunai disampaikan kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Kuala Nerus, Terengganu, bagi menyokong program kecemerlangan akademik sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.