Eupe Corporation rekod jumlah GDV projek RM2.8 bilion - Utusan Malaysia

Eupe Corporation rekod jumlah GDV projek RM2.8 bilion

Sidang media Eupe Corporation Berhad's Mesyuarat Agung Pasca Tahunan yang ke- 26 yang diadakan di Avante Hotel, Petaling Jaya. - Mohd Firdaus Mohd Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rancangan pembangunan projek Eupe Corporation Berhad kini 100 peratus lebih besar berbanding sebelum pandemik Covid-19, membuka kembali laluan pertumbuhan kewangan yang kukuh untuk kumpulan. 

Dengan kelulusan pemegang saham ke atas pembelian tanah baharu di ibu negara dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kumpulan, nilai pembangunan kasar (GDV) projek sekarang dan projek masa hadapan Eupe adalah RM2.8 bilion, meningkat daripada RM1.4 bilion pada tahun kewangan 2020. 

Pengarah Urusan Eupe, Datuk Beh Huck Lee berkata, pencapaian itu menunjukkan Eupe bangkit semula daripada pandemik dan sedang menuju ke arah yang lebih baik bagi memperkasakan momentum kewangannya.

“Namun, kelewatan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 dalam pelancaran projek-projek bagi tahun kewangan sebelum ini akan terus memberi impak ke atas hasil kumpulan bagi tahun kewangan semasa. 

“Bagaimanapun, aliran rancangan projek Eupe yang diperluaskan akan dilihat dalam hasil kumpulan bagi tahun kewangan 2024, apabila perolehan dan hasil keuntungan sebelum cukai dijangka melebihi rekod yang dicapai oleh kumpulan sebelum pandemik,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sini, hari ini.

Selain bidang tanah strategik yang diperolehi di Kuala Lumpur dan Sungai Petani, angka GDV itu merangkumi projek ketiga Eupe pada lewat tahun lalu iaitu Est8@Seputeh yang kini sudah terjual hampir 85 peratus, dan pelancaran projek di Kuala Lumpur yang keempat iaitu Helix2@PJSouth yang akan datang. 

Menurut beliau, ketidaktentuan pasaran yang meningkat telah menangguhkan usaha pembinaan dan pelancaran projek utama termasuk Est8. 

Justeru, katanya, jumlah perolehan untuk kumpulan bagi tahun kewangan 2022 adalah RM223.2 juta, berbanding RM304 juta pada tahun kewangan sebelumnya. 

Mengulas lanjut, Beh Huck memberitahu, masalah yang terbesar dihadapi oleh industri pembinaan kini ialah kekurangan pekerja asing yang memberi impak secara terus kepada kemungkinan tahap penyerahan projek dan pengekalan kualiti. 

“Meskipun menghadapi cabaran tersebut, bahagian hartanah kumpulan di utara merekodkan perubahan keseluruhan yang terbaik dalam tahunini, membantu mengimbangi penurunan perolehan pendapatan dari bahagian pembangunan hartanah Lembah Klang. 

“Hasil tersebut menggariskan daya tahan pasaran hartanah mampu milik di Kedah pada tahun ini apabila keseluruhan pasaran berada dalam fasa pemulihan.

“Pendedahan kumpulan kepada segmen perumahan mampu milik akan dipertingkatkan dengan pelancaran Helix2 pada hujung tahun ini. 

“Selain itu, kami juga sedang merancang pembangunan kediaman bercampur di Belfield, Kuala Lumpur dengan anggaran GDV melebihi RM1 bilion, yang akan menjadi projek hartanah terbesar kumpulan setakat ini,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya