Ekonomi Thailand berkembang pada kadar terpantas suku kedua

Ekonomi Thailand berkembang pada kadar terpantas suku kedua

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Ekonomi Thailand berkembang pada kadar terpantas dalam setahun pada suku kedua apabila pengurangan sekatan Covid-19 meningkatkan aktiviti dan pelancongan.

Bagaimanapun, inflasi yang tinggi dan kelembapan ekonomi China kekal sebagai penghalang kepada proses pemulihan yang baru muncul.

Kerajaan menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi 2022 daripada 2.7 peratus kepada 3.2 peratus, mengambil kira pemulihan dalam sektor pelancongan, peningkatan penggunaan dan eksport.

Tahun lalu, Thailand mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.5 peratus, antara yang terendah di Asia Tenggara.

Data daripada Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara yang dikeluarkan semalam menunjukkan, ekonomi Thailand berkembang 2.5 peratus pada Jun, terpantas sejak suku kedua 2021, lapor Reuters.

Reuters sebelum ini meramalkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus daripada 2.3 peratus yang dibuat pada Mac.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu mengalami pemulihan yang stabil selepas penarikan sekatan pandemik tetapi ketiadaan pelawat dan kelembapan ekonomi China terus menekan pertumbuhan semasa Thailand yang mula menaikkan kadar faedah untuk menangani inflasi.

“Ekonomi Thailand terus pulih pada suku kedua tahun ini berikutan rangsangan pembukaan semula. Walaupun harga komoditi yang lebih tinggi akan mengheret prospek, dengan sektor pelancongan menikmati lantunan yang baik, kami menjangkakan pemulihan akan berterusan dalam beberapa bulan akan datang,” kata penganalisis ekonomi di Capital Economics.

Bagaimanapun, ia menjangkakan inflasi akan menjejaskan perbelanjaan dan pelaburan pengguna, manakala eksport akan dihalang oleh kelembapan ekonomi global.

Pada asas suku tahunan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand meningkat 0.7 peratus berbanding ramalan awal sebanyak 0.9 peratus, dan semakan 1.2 peratus pada suku pertama.

“Ini berkemungkinan meyakinkan penggubal dasar monetari untuk meneruskan (kenaikan kadar faedah) dengan berhati-hati. Kami melihat Bank of Thailand akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas lagi pada mesyuarat November dan bukan pada mesyuarat September, untuk menilai dengan lebih baik tindak balas serta pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat,” kata Kobsidthi Silpachai, ketua penyelidikan pasaran modal di Kasikornbank. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×