Lebih banyak rugi jika rang undang-undang diluluskan

Lebih banyak rugi jika rang undang-undang diluluskan – DPCL

PIHAK berkuasa merampas rokok yang cuba diseludup ke Langkawi dalam satu operasi awal tahun ini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Pengendali perniagaan seperti kami akan mengalami lebih banyak kerugian jika rang undang-undang tembakau diluluskan.”

Itu luahan Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Langkawi (DPCL), Ku Chin Loon mengenai rang undang-undang tembakau yang telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk bacaan pertama di Parlimen, dua hari lalu.

Chin Loon menyifatkan, pembentangan rang undang-undang itu akan memotong sumber pendapatan utama pengusaha perniagaan di pulau peranginan berkenaan yang berpusatkan industri pelancongan.

Dakwanya, ahli DPCL akan kehilangan bukan sahaja jualan produk tertentu tetapi juga barangan lain.

“Kedatangan pelanggan pasti akan berkurangan. Impaknya akan menjadi lebih ketara bagi pengendali yang hanya pakar dalam produk terpilih.

“Selain itu, kebanyakan kami baharu beransur pulih daripada kesan selepas Covid-19 dan berdepan pula dengan keputusan kerajaan untuk mengenakan duti eksais ke atas rokok di kawasan bebas cukai. Pengharaman rokok sepenuhnya akan mengurangkan pendapatan kami dalam jangka panjang,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Chin Loon, peruncit di kawasan bebas cukai memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada ekonomi, justeri mereka tidak diabaikan dalam sebarang urusan yang dipengerusikan oleh kerajaan.

“Perniagaan kami meningkatkan pelancongan tempatan sambil menarik pelabur domestik dan antarabangsa untuk melabur dalam pelbagai industri, mewujudkan peluang pekerjaan. Malaysia, sebagai salah satu hab pelaburan kegemaran, tidak lagi menarik kerana polisinya yang menyekat,” katanya.

Tambah Chin Loon, kerajaan harus memahami bahawa pelaksanaan dasar perlu disesuaikan.

“Setiap negara adalah berbeza, bagi Malaysia, kita mempunyai kelaziman rokok haram yang tinggi hampir 60 peratus, berbanding New Zealand yang juga merancang untuk mengenakan rang undang-undang yang sama.

“Rang undang-undang itu mungkin terpakai kepada New Zealand kerana ia mempunyai lebih sedikit sekatan dan lebih penting lagi kelaziman rokok haram yang sangat rendah.

“Dewan Perniagaan Cina Langkawi menggesa semua ahli parlimen, terutama mereka yang berada di kawasan perlindungan bebas cukai seperti Langkawi, Labuan, Pangkor dan Tioman, untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka mengenai rang undang-undang ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN