Krisis tenaga global mungkin lebih teruk - Utusan Malaysia

Krisis tenaga global mungkin lebih teruk

tekanan global terhadap bekalan tenaga bakal menyebabkan lonjakan harga bahan api lebih teruk. – AGENSI/ GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tekanan global terhadap bekalan tenaga mencetuskan kekurangan yang melumpuhkan dan menyebabkan lonjakan tenaga dan harga bahan api mungkin menjadi lebih teruk, menurut ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol berkata, dunia tidak pernah menyaksikan krisis tenaga sebegitu besar dari segi kedalaman dan kerumitannya.

“Kita mungkin belum melihat yang paling teruk dan ini menjejaskan seluruh dunia.

“Keseluruhan sistem tenaga berada dalam kacau-bilau berikutan pencerobohan ke atas Ukraine oleh Russia pada Februari, yang merupakan pengeksport minyak dan gas asli terbesar dan pemain utama dalam komoditi

“Harga yang melambung tinggi meningkatkan kos mengisi tangki gas, memanaskan rumah dan menjana kuasa industri di seluruh dunia, menambah tekanan inflasi dan membawa kepada bantahan maut dari Afrika ke Sri Lanka,” katanya di forum tenaga global di Sydney, semalam.

Menurut Birol, seperti krisis minyak pada 1970-an yang menyaksikan peningkatan besar dalam kecekapan bahan api dan ledakan kuasa nuklear, dunia mungkin melihat lonjakan dalam dasar tenaga yang mempercepatkan peralihan kepada tenaga yang lebih bersih.

“Dalam pada itu, keselamatan bekalan minyak dan gas akan terus memberi cabaran kepada Eropah dan juga bagi wilayah lain.

“Musim sejuk di Eropah ini akan menjadi sangat, sangat sukar. Ini adalah kebimbangan utama dan mungkin mempunyai implikasi serius kepada ekonomi global,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Jennifer Granholm berkata, kejatuhan kepada sektor tenaga global berlaku apabila AS dan sekutunya mencabar Presiden Vladimir Putin berhubung perang di Ukraine dan mencari alternatif kepada eksport Russia telah menekankan keperluan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.

“Dalam peralihan kepada tenaga yang lebih bersih, pergantungan kepada China telah menjadi sesuatu yang kita semua perlu fikirkan daripada perspektif keselamatan tenaga.

“Negara ini mengawal kira-kira 80 peratus daripada rantaian bekalan global untuk solar yang dijangka meningkat kepada 95 peratus menjelang 2025.

“China telah menggunakan banyak teknologi dan rantaian bekalan, itu boleh menyebabkan kita terdedah jika kita tidak membangunkan rantaian bekalan kita sendiri. Adalah penting negara yang berkongsi nilai yang sama membangunkan rantaian bekalan kita sendiri,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya