KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan membentangkan senarai projek keutamaan yang perlu disegerakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mesyuarat Tindakan dan Pembangunan Negeri, Sabtu ini. Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pembentangan itu diadakan bersempena lawatan rasmi pemimpin utama negara berkenaan ke negeri tersebut. Katanya, Perdana Menteri dijadualkan merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra sebelum berangkat ke Pasir Puteh bagi menghadiri mesyuarat berkenaan. “Perdana Menteri…










