Yayasan Harik santuni 150 pesakit, kakitangan HTAR - Utusan Malaysia

Yayasan Harik santuni 150 pesakit, kakitangan HTAR

Yayasan Harik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG, 15 April – Seramai 100 pesakit termasuk 50 kakitangan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menerima sumbangan sempena Hari Raya.

Program anjuran Yayasan Harik ini merupakan usaha berterusan, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap inisiatif Kebajikan yang dimulakan yayasan ini sejak ditubuhkan.

Pengasas Yayasan Harik, Harik Fauzi berkata, program menerusi kerjasama Kopi Pak Erik dan Afy Haniff Group (M) Sdn Bhd itu menyampaikan sumbangan berupa duit raya, buah tangan, pewangi dan serbuk kopi sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada pesakit, sekali gus menceriakan mereka.

Katanya, kakitangan hospital turut diraikan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka sebagai barisan hadapan yang sentiasa komited daripada segi tenaga, masa dan emosi dalam memastikan rawatan pesakit berada pada tahap terbaik.

“Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan kami dalam menyemai nilai kemanusiaan dan memperkukuh hubungan antara masyarakat dengan institusi kesihatan melalui aktiviti kebajikan yang memberi impak langsung kepada penerima.

“Pendekatan ini juga selari dengan semangat ‘rakyat untuk rakyat’ yang menekankan kepentingan membantu golongan memerlukan serta menghargai mereka yang berkhidmat kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HTAR, Mohd Shahrul Hafis Mohd Sufian.

Harik berkata, inisiatif seumpama itu diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai golongan memerlukan serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat korporat yang berminat untuk bekerjasama dalam usaha menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan gerak kerja yayasan itu boleh mengikuti perkembangan menerusi platform TikTok, Harik Fauzi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN