Elmina Lakeside Mall raih Anugerah Emas Dunia kategori runcit - Utusan Malaysia

Elmina Lakeside Mall raih Anugerah Emas Dunia kategori runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad meraih pencapaian antarabangsa apabila projek pusat beli-belahnya, Elmina Lakeside Mall, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas Dunia bagi kategori runcit di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2026 yang berlangsung di Vienna, Austria.

Pengiktirafan berprestij ini meletakkan Elmina Lakeside Mall sebaris dengan pembangunan runcit terbaik dunia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sime Darby Property dalam pembangunan hartanah berasaskan ekosistem bandar bersepadu.

Anugerah yang dianjurkan oleh Fédération Internationale des Administrateurs de Biens-Conselis Immobiliers (FIABCI) itu menilai projek pembangunan hartanah dari seluruh dunia berdasarkan pelbagai aspek termasuk fungsi, impak sosial, nilai keseluruhan serta keberkesanan reka bentuk, dan bukan semata-mata saiz atau estetika.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican, kemenangan ini membuktikan keberkesanan pendekatan pembangunan yang memberi nilai melangkaui aset fizikal semata-mata.

“Pengiktirafan ini mengesahkan pendekatan kami dalam membangunkan projek bersepadu yang memberi nilai lebih luas. Elmina Lakeside Mall dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem township yang menyatukan elemen runcit, rekreasi, ruang komuniti dan alam semula jadi dalam satu persekitaran yang saling berhubung,” katanya dalam kenyataan.

Terletak di dalam pembangunan City of Elmina, pusat beli-belah itu direka berasaskan konsep “mall in a park, park in a mall” yang menggabungkan ruang runcit, gaya hidup dan komuniti dalam persekitaran mesra pejalan kaki serta berteraskan alam semula jadi.

Pencapaian ini turut mengukuhkan reputasi Sime Darby Property sebagai antara pemaju hartanah terkemuka yang menumpukan kepada pembangunan bandar lestari dan berorientasikan komuniti di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN