Untuk hasilkan filem epik bukan mudah, perlu bajet besar - Yusry - Utusan Malaysia

Untuk hasilkan filem epik bukan mudah, perlu bajet besar – Yusry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui teringin untuk kembali menghasilkan karya epik seperti filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Kata Yusry, dia sentiasa terbuka andai diberi peluang untuk menghasilkan karya sedemikian, namun terpaksa berdepan dengan realiti bahawa kos penghasilannya bukan murah.

“Untuk menghasilkan epik filem masalah terbesarnya adalah bajet. Hikayat Merong Mahawangsa pun kutipan tertingginya sekitar RM8 juta ke RM10 juta.

“Kalau saya ada peluang itu, memang mahu buat. Tetapi buat masa sekarang ini ada beberapa projek yang sedang dibincangkan tetapi belum ada yang berjaya lagi.

“Kita perlukan pelabur kerana untuk menghasilkan filem epik bukanlah mudah. Produksi sangat memerlukan bajet yang besar,” katanya.

Yusry berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran single terbaharunya Jiwa & Raga, baru-baru ini.

Melihat kejayaan filem tempatan semakin berkembang dengan positif, pelakon drama Dendam Seorang Mentua itu berpendapat setiap penggiat seni perlu lebih berani menghasilkan karya bergenre sedemikian.

“Pada saya, sudah tiba masanya untuk penggiat seni melaburkan lebih untuk filem-filem seperti ini kerana pasaran sudah ada.

“Kalau sebelum ini mungkin fikir penonton belum bersedia untuk filem-filem seperti itu, sekarang pasaran lebih terbuka dan penonton semakin menyokong. Banyak filem tempatan yang berjaya.

“Karya kita pun sudah melepasi satu tahap penonton tidak lagi terlalu membandingkan dengan produksi Hollywood. Pada mereka filem tempatan yang bagus adalah filem yang bagus.

“Saya sendiri tidak akan membandingkan kerana pada saya ia satu perkembangan yang positif. Jadi, penerbit-penerbit pun kena buka mata, pasaran sudah bersedia,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN