KUALA LUMPUR: Jualan global bagi jumlah peralatan pembuatan semikonduktor oleh pengeluar peralatan asal dijangka mencecah rekod AS$117.5 bilion (RM520.88 bilion) pada 2022, meningkat 14.7 peratus daripada paras tertinggi industri sebelumnya iaitu AS$102.5 bilion tahun lalu, seterusnya meningkat kepada AS$120.8 bilion pada 2023. Dalam jangkaan jumlah peralatan semikonduktor pertengahan tahun – Perspektif pengeluar peralatan asli (OEM) oleh Peralatan dan Bahan Semikonduktor Antarabangsa (SEMI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), kedua-dua segmen…










