Lelaki sembunyi dalam tong sampah selepas curi 50 cermin mata

Lelaki sembunyi dalam tong sampah selepas curi 50 cermin mata

RAKAMAN kamera badan polis menunjukkan Ashley Lawrence keluar dari tong sampah selepas mencuri 50 cermin mata dari sebuah kedai di Nottingham. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Seorang lelaki yang mencuri cermin mata berjenama bernilai 8,000 pound (RM43,451) dari sebuah kedai optik ditangkap selepas bersembunyi di dalam tong sampah besar berhampiran sebuah gereja di pusat bandar ini.

Suspek, Ashley Lawrence, 37, memecah masuk ke kedai Gray & Bull Opticians sekitar pukul 5 pagi pada 5 November lalu, sebelum melarikan kira-kira 50 pasang cermin mata dan bingkai berjenama bernilai tinggi.

Tiga hari selepas kejadian, seorang kakitangan kedai berkenaan ternampak Lawrence berkeliaran di sekitar premis dan segera menghubungi polis setelah mengenal pasti wajahnya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Lawrence, yang tidak mempunyai alamat tetap dan dikehendaki pihak berkuasa kerana melanggar syarat pembebasan penjara, cuba melarikan diri sebaik polis tiba di lokasi.

Namun, beberapa orang awam yang melihatnya terjun ke dalam tong sampah komersial segera memaklumkan kepada pihak polis.

Rakaman kamera badan (body cam) menunjukkan detik anggota polis membuka penutup tong sampah berkenaan sebelum kepala Lawrence kelihatan dari timbunan sampah dan dia kemudiannya digari serta ditahan.

Di Mahkamah Majistret Nottingham pada Isnin, Lawrence mengaku bersalah bagi tuduhan pecah masuk dan dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan.

Pegawai penyiasat, PC Ben King, berkata Lawrence merupakan pesalah berulang yang sudah lama dikenal pasti polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN