Taco Bell lancarkan restoran ke-10 di Malaysia

Taco Bell lancarkan restoran ke-10 di Malaysia

taco bell
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taco Bell, rangkaian restoran sajian cita rasa Mexico yang terkenal di dunia, meraikan pembukaan restorannya yang ke-10 di Malaysia.

Restoran ke-10 itu terletak di Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail (TTDI)  dan mula beroperasi pada 27 Jun lalu.

Pelancaran itu menandakan kejayaan penting bagi jenama antarabangsa tersebut, kerana dalam tempoh hanya setahun lebih, telah menjadikan Taco Bell pilihan utama rakyat Malaysia yang
menggemari taco dan pelbagai sajian lazat lain yang ditawarkan.

Pengusaha Francais Taco Bell Malaysia, Harris Beh berkata, mereka berbesar hati dapat mencapai kejayaan bersejarah itu.

“Sejak memperkenalkan Taco Bell di Cyberjaya pada April 2021, kami telah menerima sambutan luar biasa daripada peminat di seluruh Malaysia.

“Mereka datang untuk mencuba tawaran menu kami yang unik dan memenuhi keinginan mereka untuk menikmati sajian berinspirasikan Mexico kami dan untuk merasai sendiri pengalaman menarik menjamu selera di Taco Bell yang terkenal di seluruh dunia.

“Pembukaan restoran ke-10 kami tidak dapat dilakukan tanpa kegigihan kakitangan kami yang luar biasa, dan paling penting, sokongan berterusan dan galakan para peminat kami.

“Usaha pasukan kami untuk menzahirkan semangat jenama kami #LiveMas, #LiveKawKaw menerusi tawaran menu membuka selera ternyata membuahkan hasil, sambil kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik di restoran kami yang bertaraf dunia. Malah usaha kami baru sahaja bermula,” katanya dalam kenyataan.

Selain daripada menghidangkan sajian menu yang inovatif dan penuh daya imaginasi, Taco Bell bertekad membawakan pengalaman menjamu selera unik di setiap restoran.

Restoran Taco Bell di TTDI menyediakan ruang seluas 2,400 kaki persegi, berlatarkan suasana santai California Taco Bell, lengkap dengan siling pelangi yang menjadi ikon – menyediakan persekitaran terbaik bagi pengunjung bukan sahaja untuk menikmati sajian Taco Bell kegemaran, tetapi juga berkongsi pengalaman menarik mereka di media sosial.

“Kami teruja untuk mengumumkan pembukaan restoran Taco Bell kesepuluh di TTDI. Kami benar-benar terhutang budi atas kesetiaan dan sokongan tidak berbelah daripada peminat
kami sejak memulakan operasi di Malaysia tahun lepas. Kami menjemput anda semua untuk datang dan menikmati taco, burito, Crunchwrap dan banyak lagi hidangan kami yang
sungguh menyelerakan sempena pembukaan restoran kami,” kata Pengarah Urusan Taco Bell Asia Pasifik. Ankush Tuli.

Katanya, mereka amat menghargai kerjasama Disruptive Concepts sebagai rakan francais kami yang telah memainkan peranan penting membawa Taco Bell ke Malaysia.

“Rangkaian restoran ini mempunyai lebih 300 kakitangan dengan rancangan berdaya maju untuk mengembangkan jenama ini dan menggembirakan para peminat kami di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN