IRDA yakin pelaburan dalam pendidikan bertambah

IRDA yakin pelaburan dalam pendidikan bertambah

BADRUL Hisham (dua dari kanan) merasmikan Kampus baharu University of Southampton (UoSM) di Eco Botanic, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) yakin jumlah pelaburan di koridor ekonomi Iskandar Malaysia akan meningkat menerusi sektor institusi pendidikan pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Badrul Hisham Kassim berkata, pelaburan itu melibatkan pembukaan universiti baharu ataupun institusi sedia ada mengembangkan operasi dengan pembukaan cawangan kampus baharu.

“Jadi, saya yakin akan ada banyak lagi institusi pendidikan sama ada di peringkat universiti ataupun sekolah antarabangsa yang akan menjadikan kawasan dalam wilayah ini sebagai pilihan untuk mengembangkan operasinya.

“Perancangan mereka melabur dalam sektor pendidikan ini memang berterusan, saya tiada jumlah berapa universiti yang akan melabur, tetapi mereka menunjukkan minat melabur di kawasan ini.

“Ada antaranya yang membuat pengembangan kampus baharu melibatkan sekolah antarabangsa, malah universiti sedia ada di sini juga menawarkan kursus yang lebih banyak daripada sebelumnya,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kampus Baharu University of Southampton Malaysia (UoSM) di Eco Botanic di sini, hari ini

UoSM  bertapak di kawasan wilayah Iskandar Malaysia sejak 2012 dan telah membuka kampus baharu selepas 10 tahun beroperasi.

Kampus baharu itu untuk menampung jumlah pelajar UoSM yang semakin meningkat dan boleh menampung sehingga 2,000 pelajar.

Kampus baharu itu turut dilengkapi kemudahan termasuk empat Makmal Elektrik dan Elektronik, Makmal Aeroangkasa (dilengkapi dengan terowong angin), Studio Reka Bentuk, Makmal Eksperimen Perniagaan dan pelbagai kemudahan lain.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi UoSM, Prof. Rebecca Taylor berkata, pembukaan kampus baharu ini membuktikan komitmen universiti untuk membawa kecemerlangan akademik, penyelidikan dan institusi kepada golongan muda serta pelajar dari seluruh dunia.

“Malaysia adalah pasaran utama bagi UoSM dengan faktor kos sara hidup, lokasi geografi, pelajar cemerlang dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab antarabangsa untuk pendidikan tinggi. Ini adalah komitmen jangka panjang Southampton ke rantau ini,” ujarnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×