Premis Adidas terbesar Asia Tenggara tarikan baharu Mitsui Outlet Park KLIA - Utusan Malaysia

Premis Adidas terbesar Asia Tenggara tarikan baharu Mitsui Outlet Park KLIA

Pengurus Besar Eksekutif Operasinya, Frankie Lee Chee Lih
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Fasa ketiga Mitsui Outlet Park KLIA menyaksikan lima premis perniagaan dibuka di kawasan baharu berkeluasan 20,000 meter persegi di sayap timur yang dikenali Forest Walk.

Menurut Pengurus Besar Eksekutif Operasinya, Frankie Lee Chee Lih, perluasan tambahan itu menjadikan kompleks beli-belah jenama premium tersebut memiliki sejumlah 205 premis.

“Pembukaan ini adalah tepat pada masanya selain bagi mengalu-alukan peningkatan trafik pengunjung yang naik mendadak sejak Disember tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas melancarkan fasa tersebut yang sudah pun dibuka kepada orang awam semalam sambil membawa wakil media bagi melakukan tinjauan di lima premis berkenaan.

Mitsui Outlet Park KLIA diuruskan MFMA Development Sdn. Bhd. merupakan pembangunan usaha sama antara Mitsui Fudosan Co. Ltd. dari Jepun dan Malaysia Airport Holdings Berhad.

Gedung peruncitan berjenama terletak lima minit dari terminal KLIA itu mula dibuka untuk fasa pertama pada 30 Mei 2015 dengan dirintis 135 premis berkeluasan 115,000 meter persegi.

Ia disusuli fasa kedua yang mula dibuka pada 15 Disember 2017 melibatkan penambahan sejumlah 65 premis dengan kawasan baharu tersebut yang seluas 27,500 meter persegi.

Mengulas lanjut, Chee Lih berkata, fasa terkini itu memperlihatkan tiga premis produk terkenal sukan antarabangsa berpindah lokasi ke tapak yang lebih besar dengan imej konsep unik.

“Antaranya Adidas kerana ia merupakan cawangan runcit komersial terbesar di Asia Tenggara manakala dua lagi, Puma dan Nike juga antara kedainya paling besar di rantau ini,” jelasnya.

Tidak ketinggalan ujar beliau, ialah gedung peralatan elektrik dan kediaman terkenal, Courts yang dianggap premis satu tingkat terbesar di negara ini dengan pelbagai tawaran menarik.

Kedai jenama Objet yang pertama di negara ini katanya, juga dibuka di kawasan baharu itu yang menawarkan aneka pilihan barangan rumah dan aksesori bergaya ringkas tetapi mewah.

Bersempena pembukaan fasa ketiga itu, Chee Lih menambah, pihaknya akan memberikan hadiah kereta utiliti sukan dengan tujuh tempat duduk, Toyota Rush kepada pemenang bertuah.

Pengunjung boleh menyertai peraduan tersebut dengan berbelanja minimum RM300 dalam dua resit atau juga satu resit melibatkan salah satu daripada lima premis baharu berkenaan.

Mereka turut berpeluang memenangi sebuah motosikal jenama baharu Yamaha MT25 atau Vespa Sprint atau Honda Beat selain pelbagai lagi hadiah yang boleh ditebus di kaunter khas.

“Sebagai tambahan perluasan kawasan baharu ini, pihak kami juga meningkatkan kapasiti tempat letak kereta sehingga lebih 2,500 petak bagi memenuhi trend lonjakan trafik,” katanya.

Kunjungi laman web rasmi www.mitsuioutletparkklia.com.my maklumat lanjut mengenai pelbagai tawaran, promosi dan acara di Mitsui Outlet Park KLIA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya