MPI: Isu pencemaran plastik bawa tuah

MPI: Isu pencemaran plastik bawa tuah

MOHAMAD Rizal Mohamed Nor (kanan) dan Mohamad Sany Misnan bersama hadiah dimenangi pada Anugerah Kewartawanan Malaysia 2024 MPI-Petronas di Kuala Lumpur, kelmarin. – UTUSAN/ ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Kreatif Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB), Mohamad Rizal Mohamed Nor dipilih pemenang pingat emas kategori Reka Letak Halaman Terbaik sempena Malam Wartawan Malaysia 2025 di sini kelmarin.

Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024 itu membolehkan Mohamad Rizal membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Penolong Ketua Kreatif Utusan Malaysia, Mohamad Sany Misnan pula memenangi pingat gangsa bagi Kategori Infografik Terbaik sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000.

Mohamad Rizal menang berdasarkan reka letak mengenai isu pencemaran plastik yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia, manakala Mohamad Sany pula dipilih berdasarkan grafik Menara Condong Teluk Intan yang berusia 139 tahun yang disiarkan dalam akhbar sama.

Malam Wartawan Malaysia 2025 itu turut memilih bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia sebagai penerima Anugerah Khas.

Tokoh Wartawan Negara pula dimenangi oleh Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai yang juga bekas Ke­tua Pengarang The Star.

Sementara itu, Hadiah Kajai pula dimenangi oleh wartawan Harian Metro berdasarkan laporan akhbar tersebut mengenai jenayah terancang kumpulan GISBH hingga membawa pembubaran kumpulan syarikat itu serta pemimpinnya didakwa.

Hadiah berprestij itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Tiga hadiah utama itu di­sampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pemilihan pemenang me­ngambilkira penglibatan dan sumbangan mereka dalam bidang kewartawanan. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN