McDonald’s Malaysia serah zakat perniagaan berjumlah RM500,000

McDonald’s Malaysia serah zakat perniagaan RM500,000

Majlis penyerahan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Azhar Darbi (kiri) kepada Abdul Hakim Amir Osman disaksikan Mohd. Nizam Yahya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM500,000 kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi tahun ini, jumlah tertinggi sejak jenama itu mula membayar zakat perniagaan lima tahun lalu.

Sehingga tahun ini, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, bayaran zakat perniagaan merupakan satu daripada inisiatif syarikat bagi menyumbang kembali kepada masyarakat memerlukan yang juga merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PPZ-MAIWP atas penyerahan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada McDonald’s Malaysia. Diharap dengan sijil-sijil yang akan dipamerkan di restoran kami, keyakinan masyarakat terhadap syarikat kami akan tetap utuh,” katanya dalam kenyataan.

Majlis pembayaran zakat perniagaan tersebut dihadiri Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya yang menyaksikan penyerahan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Azhar kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Dalam pada itu, Abdul Hakim berkata, sebagai satu nama besar, pihaknya yakin McDonald’s Malaysia mampu mempengaruhi lebih banyak syarikat di luar sana untuk menunaikan zakat perniagaan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi asnaf.

“Bulan Ramadan ini adalah masa yang terbaik untuk kita melipatgandakan ibadah. Oleh itu, ambil kesempatan pada bulan ini untuk berbuat kebaikan dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat yang diberi oleh
Allah

Selain membayar zakat, McDonald’s Malaysia juga mengadakan Program Ziarah Komuniti Asnaf dengan menyantuni 50 buah keluarga asnaf di sekitar kawasan Danau Kota, dekat sini dan menyerahkan sumbangan wakalah agihan dalam bentuk ‘kotak rezeki’ dan duit raya.

Selain membayar zakat, McDonald’s Malaysia juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation untuk terus mendukung komitmen halal dan melibatkan diri dalam aktiviti halal dalam semua aspek perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×