MAFI harap pembukaan sempadan rancak industri agromakanan negara - Utusan Malaysia

MAFI harap pembukaan sempadan rancak industri agromakanan negara

RONALD KIANDEE (dua kanan) menyerahkan replika cek kepada T. Ganaison (kiri) yang menerima Anugerah Pesawah Jaya FGV 3FR Hasil Tertinggi di Kilang Beras Bernas Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berharap pembukaan semula sempadan negara pada 1 April ini akan merancakkan lagi industri agromakanan negara. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pihaknya yakin pembukaan itu akan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang ketika ini memasuki fasa peralihan ke endemik. 

“Kalau dahulu (ketika pandemik), ada sekatan kepada outlet (kedai makan), hotel dan restoran. 

“Namun, dengan pembukaan semula sempadan negara yang dijangka menerima kehadiran lebih ramai pelancong dari luar, ia secara tidak langsung merancakkan lagi sektor agromakanan,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Beliau sebelum itu menyaksikan pertukaran dokumen memorandum (MOC) FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. (FGV) dengan Bernas di Kilang Beras Bernas Seri Tiram Jaya. 

Yang turut hadir, Timbalan Menteri MAFI II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Azman Mahmood. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu mengumumkan sempadan negara akan mula dibuka pada 1 April ini.

Ismail Sabri dipetik berkata, keputusan tersebut bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain dan memberi keselesaan kepada pengembara dengan tidak merumitkan perjalanan mereka.

Menerusi pembukaan itu juga katanya, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan sah boleh keluar masuk negara seperti biasa dan dibenarkan ke negara yang turut membuka pintu sempadan kepada pengembara luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya