PETALING JAYA: Subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Vantage RE Ltd. (Vantage RE) telah melengkapkan proses pembiayaan £275 juta (AS$371.98 juta) atau kira-kira RM1.56 bilion menerusi pembiayaan semula portfolio ladang tenaga solar Vintage Solar UK (VSUK) di United Kingdom (UK). Portfolio solar 365 MW itu terdiri daripada 24 solar PV dipasang di atas tanah di serata England dan Wales, menjadi penyumbang penting kepada bekalan tenaga bersih UK. Menurut anggaran…










