
SEBAGAI seorang peniaga restoran masakan panas, Hazlina Hashim, 41, turut berdepan kesukaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Namun ibu kepada dua orang anak berusia 14 dan 11 tahun itu sama sekali tidak berputus asa untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam membantu menjana pendapatan dengan menjual produk kecantikan Toya Serum.
Siapa sangka, dalam tempoh yang singkat sekitar sembilan bulan, Hazlina dari Kampung Teluk, Tambun Tulang, Arau, Perlis sudah mampu menjana pendapatan sehingga RM150,000 sebulan selain mempunyai lebih 30 ejen dan stokis di seluruh negara.
Istimewanya, ejen atau stokis yang terdiri dalam kalangan suri rumah, individu hilang kerja dan sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan mampu menjana hasil antara RM5,000 sehingga RM35,000 sebulan sekali gus membantu mereka keluar dari kesusahan khususnya dalam tempoh PKP sebelum ini.
Haslina yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, pada peringkat awal, khususnya dalam tempoh PKP, dia hanya menjual produk tersebut secara separuh masa melalui dalam talian bagi membantu menambah pendapatan.
Kata bekas penyelidik pejabat Menteri Besar Perlis sekitar 2000 hingga 2003 itu, perniagaan produk tersebut mendapat sambutan cukup memberangsangkan selepas melihat keberkesanan Toya Serum itu.

Kini, dia juga menjadi salah seorang pelatih ibu pejabat produk Toya Serum dan melahirkan ramai usahawan berjaya dalam bidang itu.
“Apa yang lebih penting saya dapat membantu suri-suri rumah, mereka yang hilang kerja dan sesiapa sahaja menambah pendapatan dalam suasana serba mencabar ketika ini.
“Mereka (ejen-ejen) ada yang menjual secara dalam talian dan sebagainya selain turut mempunyai banyak masa menguruskan keluarga sambil menjana pendapatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Tambah Haslina, produk Toya Serum tersebut terdiri dari serum muka berharga RM33, pembersih muka RM39, dan krim pelindung, RM29.
Katanya, dalam tempoh PKP sebelum ini, ramai yang hilang kerja dan mencuba perniagaan tersebut sekali gus mampu membantu mereka menjana pendapatan.
“Apa yang penting kita tidak boleh berputus asa meskipun berdepan tempoh mencabar. Alhamdulilah, perniagaan produk Toya Serum itu terus mendapat sambutan yang baik.
“Insya-Allah sasaran saya menambah sehingga 100 sehingga 200 ejen dan stokis menjelang pertengahan tahun depan selain membantu lebih ramai orang menambah pendapatan,” katanya.
Katanya lagi, melihat kepada perniagaan yang semakin berkembang maju, dia juga kini dalam proses membuka pejabat sendiri.
Mana-mana individu yang ingin menjadi ejen atau stokis boleh menghubungi Hazlina di talian 014-2367700 atau boleh melayari Facebook Hazlina Taiping; Instagram, edina_ezli atau Tik Tok, Hazlina_Taiping untuk maklumat lanjut. – UTUSAN










