G3 Global lantik bekas Ketua Setiausaha KPM Pengerusi, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas - Utusan Malaysia

G3 Global lantik bekas Ketua Setiausaha KPM Pengerusi, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

ALIAS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: G3 Global Berhad (G3 Global) melantik bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Seri Alias Ahmad sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 4 Januari 2022.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memaklumkan, Alias akan menggantikan Datuk Wan Khalik Wan Muhammad yang telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah dan Pengarah syarikat hari ini.

Jelasnya, Alias, 63, pernah perkhidmat sebagai Ketua Setiausaha KPM sebelum bersara pada 22 Mei 2018.

“Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah memegang banyak jawatan penting dalam kerajaan antaranya Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas pelantikan tersebut, Pengarah Urusan G3 Global, Dirk Quinten berkata, dengan pengalaman luas dan kredibiliti dimiliki Alias, beliau yakin syarikat akan berkembang maju sebagai peserta yang dinamik dan berdaya saing dalam industri diceburi seperti kecerdasan buatan (AI) dan penjagaan kesihatan.

“Syarikat sedang bergerak untuk mengalihkan tumpuannya kepada AI dan penyelesaian penjagaan kesihatan berasaskan teknologi maklumat lain.

“Di sebalik penjualan kit ujian, perniagaan penjagaan kesihatan G3 Global juga akan meneroka potensi besar AI dalam penjagaan kesihatan, terutamanya dalam bidang diagnosis penjagaan kesihatan,” jelas syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN