Berjaya lupus pegangan dalam Berjaya Higher Education - Utusan Malaysia

Berjaya lupus pegangan dalam Berjaya Higher Education

ABDUL JALIL ABDUL RASHEED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berjaya Corporation Berhad (BCorp) melalui anak syarikat milik penuhnya, Berjaya Group Berhad (BGroup) telah menandatangani perjanjian jual beli saham dengan Nanyang International Education Group Sdn. Bhd. (Nanyang) untuk cadangan pelupusan keseluruhan 71.73 peratus pegangannya dalam Berjaya Higher Education Sdn. Bhd. yang memiliki Kolej Universiti Berjaya (BUC).

Nanyang diperbadankan oleh pemegang saham majoritinya, Krirk International Education Holding Co. Ltd. (Krirk) untuk melabur dalam perniagaan pendidikan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BGroup, Abdul Jalil Abdul Rasheed berkata, seperti yang digariskan dalam strategi transformasi, BCorp akan melepaskan beberapa bidang bukan terasnya supaya boleh memberi tumpuan kepada perniagaan teras.

“Walaupun ia pahit, kami gembira kerana BUC akan berada di tangan Krirk. Kami percaya bahawa mereka akan terus mencipta peluang dan menghasilkan graduan yang berkebolehan, berkemahiran dan profesional yang akan menyumbang kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Urus niaga BUC itu sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Tinggi Pendidikan dan dijangka siap pada Jun 2022.

Presiden Krirk, Prof. Dr. Krasae Chanawongse berkata, pihaknya percaya BUC adalah sesuai untuk syarikat yang sedang mengembangkan tapak di Malaysia.

“Kami berharap untuk meneruskan warisan Berjaya dan membawanya ke peringkat seterusnya,” katanya.

Pada Jun 2021, BCorp telah mengumumkan transformasi strategi untuk memberi tumpuan kepada lima bidang teras dalam usaha menjadi Kumpulan pengguna global.

Sebahagian daripada strategi itu termasuk pelupusan bidang perniagaan yang tidak lagi termasuk dalam pengkelasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN