306 cek bernilai lebih RM500,000 tidak dituntut - Utusan Malaysia

306 cek bernilai lebih RM500,000 tidak dituntut

petaling jaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, sebanyak 306 cek bernilai RM524,382.12 masih tidak ditunaikan dari 1 Januari 2019 hingga 30 November lalu.

Menurut MBPJ, cek yang tidak ditunaikan itu merupakan bayaran yang telah dikeluarkan oleh pihaknya kepada individu, syarikat dan sebagainya bagi bayaran sumbangan, komisyen, pengembaian cagaran dan sebagainya.

Jelasnya, penerima cek yang tidak ditunaikan boleh menyemak di laman web majlis dan membuat tuntutan sehingga 31 Disember ini.

Orang awam yang ingin membuat tuntutan boleh melakukan permohonan tersebut dengan menggunakan format
surat permohonan di laman web MBPJ.

“Untuk makluman, selepas tarikh 31 Disember 2021, cek yang masih tidak dituntut akan
diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut,” jelasnya dalam kenyataan.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 211/215/216.

Dalam perkembangan lain, MBPJ menyeru semua pemilik harta di daerah ini untuk menyemak dan mengemaskini rekod pemilikan harta masing-masing.

Menurut MBPJ, pihaknya telah mengemaskini sebanyak 30,822 akaun cukai taksiran daripada nama `pemilik’ kepada nama pemilik sebenar harta tersebut dari 2016 hingga Disember 2021.

Bagaimanapun katanya, semakan terkini mendapati masih terdapat sebanyak 20,588 akaun cukai taksiran yang masih di atas nama `pemilik.’

“Berdasarkan penelitian Majlis (MBPJ), hal ini terjadi mungkin disebabkan pemilik kurang peka/tidak mengambil peduli kepentingan mengemaskini rekod cukai taksiran masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN