Lebihan bekalan minyak dijangka meningkat - Utusan Malaysia

Lebihan bekalan minyak dijangka meningkat

Peningkatan itu berlaku jika negara-negara pengguna melaksanakan pengeluaran yang dijanjikan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Badan penasihat Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC), Lembaga Suruhanjaya Ekonomi (ECB) menjangkakan lebihan bekalan minyak dunia yang diunjurkan sebelum ini meningkat menjelang awal tahun hadapan.

Menurut Bloomberg yang memetik dokumen yang tidak dinyatakan, ia disebabkan pengeluaran simpanan stok oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara pengguna lain.

Menurut dokumen tersebut, ECB menjangkakan lebihan dalam pasaran minyak mentah dunia akan meningkat sebanyak 1.1 juta tong sehari kepada 2.3 juta tong sehari pada Januari dan 3.7 juta tong sehari pada Februari.

Katanya, peningkatan itu berlaku jika negara-negara pengguna melaksanakan pengeluaran yang dijanjikan dalam bulan-bulan tersebut.

Selasa lalu, AS mengumumkan akan melepaskan 50 juta tong minyak dari simpanan strategiknya, selari dengan pelepasan dari China, India, Korea Selatan, Jepun dan Britain bagi mengurangkan harga.

Ia berikutan tindakan OPEC+ yang tidak menghiraukan saranan untuk mengeluarkan lebih banyak stok.

Menurut Bloomberg, beberapa wakil dari OPEC dan rakan kongsinya memberi petanda akan membatalkan peningkatan output untuk Januari sekiranya inventori yang dilepaskan AS dan negara lain mengejutkan pasaran.

Setakat ini, OPEC belum memberikan apa-apa maklum balas berkenaannya.

Jangkaan daripada ACB dibuat seminggu sebelum OPEC dan rakan kongsinya bertemu untuk memutuskan peningkatan pengeluaran.

Pakatan OPEC+ yang dianggotai 23 negara dijadualkan untuk bertemu pada 1 dan 2 Disember ini bagi memutuskan pengeluaran 400,000 tong sehari pada Januari.

Saranan Presiden AS< Joe Biden supaya pengeluaran minyak ditingkatkan dengan lebih cepat sebelum ini tidak dihiraukan OPEC yang memilih untuk kekal dengan perjanjian meningkatkan pengeluaran secara beransur-ansur.

Harga minyak mentah mencecah paras tertinggi dalam tujuh tahun baru-baru ini ketika permintaan global meningkat mendadak disebabkan pemulihan ekonomi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN