fbpx

Keistimewaan sos pencicah Jamris Frozen

SOS pencicah keluaran Jamris Frozen Food Enterprise.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setelah hampir 30 kali mencuba resipi, pemilik syarikat Jamris Frozen Food Enterprise, Zaniah @ Jamaliah Arshad, 52, akhirnya dapat menghasilkan sos pencicah yang enak dinikmati sebagai penambah rasa bahkan mendapat sambutan luar biasa.

Beliau yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, perjalanan sos pencicah Jamris bermula sekitar tiga tahun lalu apabila dia ingin mempelbagaikan produk di bawah jenama itu.

Selain sos pencicah, dia turut mengetengahkan sos pedas Jamris dan dianggarkan setiap bulan hampir 1,000 botol sos dihasilkan di bengkelnya di Gerik, Perak, untuk diedarkan ke 20 kedai dan pasaran dalam talian.

ZANIAH @ Ja­maliah Arshad bersama produk sos pencecah dihasilkan olehnya.

“Sos pencecah sesuai dinikmati bersama hidangan seperti keropok, ayam gunting, nuget, cucur dan dalam masakan pula untuk resepi ikan tiga rasa.

“Selain itu, sos pedas dengan gandingan resipi khusus pula, rasanya yang pedas manis juga mendapat sambutan dalam kalangan penggemar termasuk kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Kedua-dua sos itu dijual pada harga RM4 sebotol seberat 350 gram. Untuk tempahan, kunjungi Facebook dan Instagram Zai Jamaliah Arshad atau hubungi 019-562 3508.

——————————————————————————————————————-

NUR Faezah Abdul Rahim bersama lori tunda yang digunakan untuk menarik kenderaan pelanggan bagi dibaiki di bengkelnya.

Nur Faezah minat baiki kereta sejak muda

Minat terhadap dunia membaiki kereta sejak usia muda membuatkan Nur Faezah Abdul Rahim, 41, pemilik Sanway City Workshop mempunyai pelbagai perkhidmatan disediakan termasuk membaiki kereta, perkhidmatan penarik kenderaan, insurans kenderaan, tuntutan insurans kemalangan dan mengecat kenderaan.

Nur Faezah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, biarpun dirinya memiliki sijil masakan, tetapi kerana minat dia belajar dengan abangnya untuk membaiki kenderaan ringan dan kini mampu membaiki kenderaan berat.

“Dengan pengalaman dan ilmu yang ada, saya membuka bengkel pada 2015 dan mengusahakan pelbagai perkhidmatan dan kini memiliki tiga lori tunda.

“Saya juga pemilik M&D Teguh Empire dan menawarkan pelbagai perkhidmatan penyelenggaraan elektrik, termasuk baik pulih barangan elektrik, pemasang hawa dingin dan servis, pembersih kawasan, pest control dan banyak lagi,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Nur Faezah, kelebihan dirinya boleh bertutur Mandarin dan Tamil memudahkan lagi interaksi antaranya dirinya dengan pelanggan.

“Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 010-3916338 atau boleh kunjungi facebook, MaNja scw atau layari web, https://sunwaycityworkshop.blogspot.com dan https://perakrepair.com,” katanya.

—————————————————————————————————————————

PRODUK berasaskan bidara keluaran Iman Bidara, milik Mastura Abu Bakar.

Dari temankan kawan, kini tauke minyak bidara

Melihat permintaan terhadap minyak bidara yang tinggi, mendorong pengusaha Iman Bidara, Mastura Abu Bakar, 46, dengan menjual anak pokok bidara.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, tanaman anak pokok bidara bermula dengan 1,000 batang di sekeliling kawasan rumah pada 2018.

“Ilham mengusahakan perniagaan ini tercetus apabila seorang kenalan meminta saya menemaninya mencari minyak bidara.

“Bermula dengan menanam secara kecil-kecilan di kawasan rumah, kini saya mempunyai rumah semaian khusus untuk anak pokok,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Selain anak pokok bidara, katanya, dia turut mengusahakan produk seperti sabun bidara, sanitizer bidara dan tea bidara.

“Anak pokok bidara dijual RM15 dan produk Iman Bidara dijual antara RM7 hingga RM12.

“Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi Facebook, IMAM BIDARA page dan Instagram, IMAN BIDARA atau hubungi 018-7771514,” katanya.

————————————————————————————————————————–

PRODUK ikan pekasam yang dihasilkan syarikat Kiah Pekasam Enterprise.

Kiah Pekasam berkembang ke peringkat antarabangsa

Kiah Pekasam, nama yang cukup gah dalam industri keusahawanan pekasam, bukan sahaja dalam kalangan penduduk Kampung Pengkalan Ikan, Lenggong, Perak, malah di seluruh negara.

Peneraju utama syarikat Kiah Pekasam Enterprise, Kiah Abdullah, 64, memilih untuk meneruskan legasi resipi ibu mertuanya sejak 60 tahun lalu.

“Jika sebelum ini, masyarakat agak janggal untuk menikmati ikan pekasam, kini tidak lagi bahkan permintaannya ke peringkat antarabangsa.

“Pekasam diedarkan dari daerah ini juga mempunyai keunikan tersendiri kerana kebanyakannya dihasilkan menggunakan ikan loma terdapat di Sungai Perak,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, selain ikan loma penghasilan pekasam turut menggunakan gelama, tilapia dan sepat yang diperap bersama garam dan beras.

“Setiap bulan sebanyak tiga tan ikan diperlukan untuk menghasilkan lebih 11,000 paket pekasam.

“Untuk membuat tempahan, kunjungi Facebook, ‘Kiah Pekasam Kak Kiah’ atau hubungi 013-4496307, 012-5609567 dan 012-4377906,” katanya.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI