SINGAPURA: Eksport dan pengeluaran minyak sawit Indonesia pada tahun ini berkemungkinan jatuh untuk tahun kedua berturut-turut, kata Naib Pengerusi Gabungan Pengusaha Kelapa Sawit Indonesia (GAPKI), Togar Sitanggang, semalam. Kemerosotan tersebut adalah dijangkakan ketika negara pengeluar utama minyak sawit itu mengalami penurunan mendadak eksport dan pengeluaran berpunca daripada penggunaan baja yang kurang dan penyelenggaraan sektor perladangan yang lemah. “Jumlah eksport minyak sawit dijangka jatuh untuk tahun kedua sebanyak 0.34 peratus pada…










