Pemandu van persiaran positif dadah direman tujuh hari

Pemandu van persiaran positif dadah direman tujuh hari

SUSPEK diiring keluar anggota polis selepas selesai permohonan reman di Mahkamah Majistret, Alor Gajah, Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pemandu van persiaran yang dipercayai menyebabkan kemalangan sehingga mencederakan tiga penumpang warga India semalam, direman tujuh hari.

Perintah reman sehingga 11 Mei ini dikeluarkan Hakim Kamarul Aris Kamalluddin terhadap suspek lelaki berusia 55 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1A) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, suspek yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor ditahan selepas didapati positif dadah dalam saringan awal dijalankan.

Katanya, dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi di Kilometer 212 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, tiga daripada lapan penumpang warga India mengalami kecederaan.

Ujarnya, tiga mangsa yang cedera terdiri daripada lelaki dewasa berusia 52 tahun serta dua kanak-kanak berumur sembilan dan 13 tahun.

“Van berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Melaka dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN