Bursa Malaysia sedia kehendak penyenaraian, kaedah perniagaan dalam Bahasa Malaysia - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia sedia kehendak penyenaraian, kaedah perniagaan dalam Bahasa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) mengumumkan bahawa ia telah menyediakan terjemahan Kehendak-kehendak Penyenaraian dan Kaedah-kaedah Perniagaan yang sedia ada ke Bahasa Malaysia. Terjemahan Kehendak-kehendak Penyenaraian dan Kaedah-kaedah Perniagaan tersebut merupakan antara usaha Bursa Malaysia untuk menggalakkan keterangkuman dan akses dalam kalangan peserta pasaran dan para pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Mihamad Umar Swift berkata, terjemahan Kehendak-kehendak Penyenaraian dan Kaedah-kaedah Perniagaan sedia ada ke Bahasa Malaysia adalah bersesuaian dengan kepelbagaian latar belakang para peserta pasaran dan pelabur.

“Ia akan memudahkan lagi pemahaman, akses serta pematuhan terhadap kaedah-kaedah yang ditetapkan Bursa Malaysia.

“Melangkaui kegunaannya di dalam pasaran modal, penyediaan terjemahan Bahasa Malaysia ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan dalam memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan bagi masyarakat
majmuk di negara kita.” katanya dalam kenyataan.

Kehendak-kehendak Penyenaraian dan Kaedah-kaedah Perniagaan yang diterjemahkan kini boleh didapati di laman sesawang Bursa Malaysia melalui pautan–pautan berikut:

i. Kehendak-kehendak Penyenaraian:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/listing_requirements/main_market/listing_requirements

ii. Kaedah-kaedah Sekuriti:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/securities/rules_of_bursa_malaysia_securities

iii. Kaedah-kaedah Derivatif:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/derivatives/rules_of_bursa_malaysia_derivatives

iv. Kaedah-kaedah Bursa Malaysia Bonds Berhad:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/bonds/rules_of_bursa_malaysia_bonds

v. Kaedah-kaedah Labuan International Financial Exchange Inc.:
https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/lfx/rules_of_lfx – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN