Aminuddin mahu terus berkhidmat lebih dekat di Linggi

Aminuddin mahu terus berkhidmat lebih dekat di Linggi

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bertekad untuk meneruskan khidmat dengan lebih dekat dan lebih baik kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, walaupun ini kali pertama beliau bertanding di DUN Linggi, khidmatnya kepada masyarakat di kawasan itu bukan bermula hari ini.

Katanya, sejak diberi amanah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dan Menteri Besar Negeri Sembilan, DUN Linggi sentiasa menjadi sebahagian daripada tanggungjawab serta gerak kerjanya.

“Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi DUN Linggi hari ini berjalan dengan lancar.

“Walaupun ini kali pertama saya bertanding di DUN Linggi, khidmat saya kepada masyarakat di sini bukanlah bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Aminuddin, beliau sebelum ini telah turun padang bertemu masyarakat, menyantuni pelbagai lapisan rakyat serta berusaha menyelesaikan isu-isu yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

“Insya-Allah, jika diberikan kepercayaan, saya akan meneruskan usaha ini dengan lebih dekat dan lebih baik sebagai wakil rakyat DUN Linggi,” katanya.

Beliau turut memohon doa, restu dan sokongan daripada seluruh warga DUN Linggi bagi membolehkannya meneruskan amanah berkhidmat kepada rakyat.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengizinkan kemenangan agar amanah ini dapat terus dipikul demi berbakti kepada rakyat.

“Insya-Allah, kita terus bekerja, terus berkhidmat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN