Saya bersikap neutral, tidak sebelahkan sesiapa - Umairah - Utusan Malaysia

Saya bersikap neutral, tidak sebelahkan sesiapa – Umairah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Umairah, 15, mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri perbalahan membabitkan ibunya penyanyi, Siti Saerah Tarudin dengan bapa kandungnya, Saiful Anuar.

Jelasnya, dia menyerahkan perbalahan yang tercetus itu diselesaikan secara baik tanpa membabitkan anak-anak.

“Tentunya perkara itu memberi kesan kepada anak-anak.

“Tapi disebabkan saya ini anak sulung, saya terpaksa menjadi lebih matang. Saya yang kena lindungi adik-adik saya.

“Apa juga perbalahan membabitkan ibu dan ayah, biarlah mereka selesaikan. Sebagai anak, saya tidak mencampuri urusan mereka,” katanya.

Jelas Umairah, dia tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku antara ibu bapanya kerana tinggal berasingan dengan mereka.

“Saya, yang tidak tahu menahu mengenai perkara itu, tak menjangkakan ia akan menjadi serius kerana saya tinggal di asrama,” jawabnya ringkas.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujung Indah itu enggan menyebelahi mana-mana pihak dan membiarkan pergaduhan itu diselesaikan orang tuanya.

“Apa pun saya mengambil pendekatan untuk bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya tahu mana baik dan buruk dan kenal perangai ibu bapa saya.

”Saya tidak boleh nak mengulas lanjut dan berharap netizen mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN