18 calon bertanding di lima DUN dalam Parlimen Seremban

18 calon bertanding di lima DUN dalam Parlimen Seremban

CALON Pakatan Harapan bagi DUN dalam kawasan Parlimen Seremban (dari kanan), Zarinna Abu Zarin, Muhammad Nazri Kassim, Nor Azman Mohamad, J. Arul. Kumar, Chew Seh Yong dan Ho Weng Wah bergambar sebelum berarak ke pusat penamaan calon di Wisma Majlis Bandaraya Seremban di Seremban hari ini. - UTUSAN /NAZARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai lima orang calon bakal bersaing bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini.

Mereka terdiri daripada Zamani Ibrahim daripada Berjasa, J. Arul Kumar (PH-DAP), Omar Mohd. Isa (Bebas), Datuk Lai Chien Kong (BN-MCA) dan Datuk V. Saravan Kumar (PN).

Sementara itu, sebanyak empat kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Seremban itu menyaksikan persaingan tiga penjuru.

Kerusi berkenaan ialah Ampangan, Sikamat, Temiang dan Lenggeng.

Persaingan tiga penjuru itu melibatkan calon-calon samada dari PH, BN, PN atau Bersatu.

Kerusi DUN Lobak melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon daripada PH dan PN.

Proses penamaan calon bagi lima kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Seremban yang berlangsung di Ruang Legar, Wisma Majlis Bandaraya Seremban berjalan lancar mulai pukul 9 pagi.

Para penyokong semua parti yang bertanding berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan sejak pukul 7.30 pagi bagi menyokong calon-calon yang bertanding.

SENARAI CALON BAGI DUN DALAM PARLIMEN SEREMBAN (mengikut susunan dalam kertas undi)

N.09 LENGGENG
Zarinna Abu Zarin – PH-Amanah
Datuk Mohd Asna Amin – BN-UMNO
Zool Amali Hussin – Bersatu

N.10 NILAI
Zamani Ibrahim – Berjasa
J. Arul Kumar – PH-DAP
Omar Mohd Isa – Bebas
Datuk Lai Chien Kong – BN-MCA
Datuk V. Saravan Kumar – PN

N.11 LOBAK
Dr. P. Kumar – PN-Pas
Chew Seh Yong – PH-DAP

N.12 TEMIANG
Ho Weng Wah – PH-DAP
Datuk Leaw Kok Chan – BN-MCA
Fazly Hamid – Bersatu

N.13 SIKAMAT
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz – Bersatu
Datuk Razali Abu Samah PN-Wawasan
Nor Azman Mohamad – PH-PKR

N.14 AMPANGAN
Datuk Muhammad Nazri Kassim – PH-PKR
Noor’azah Harun – Bersatu
Datuk Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek – PN-Pas – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN