JELEBU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias akan berdepan saingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Beliau dicabar calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Umry Abdul Khois dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Faizal Fadli Mohd. Idrus.
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) P.126 Jelebu, Abdul Rahim A. Aziz mengumumkan pertandingan tiga penjuru itu selepas tempoh penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi tadi.
Sementara itu, DUN Sungai Lui turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Razi Mohd. Ali; calon PH, Zainal Fikri Abd. Kadir dan calon Bersatu, Mazrulhisham Abd. Mansor.
Di DUN Klawang pula, pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Danni Rais; calon PH, Datuk Bakri Sawir dan calon Bersatu, Muhammad Adib Musa.
Pertembungan di DUN Klawang turut mencuri perhatian apabila calon PH, Bakri bakal berdepan sepupunya sendiri, Danni Rais. – UTUSAN










