Allianz Malaysia catat RM4.16 bilion GWP pada suku ketiga 2021 walaupun situasi pasaran mencabar - Utusan Malaysia

Allianz Malaysia catat RM4.16 bilion GWP pada suku ketiga 2021 walaupun situasi pasaran mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) umum keputusannya untuk sembilan bulan pertama 2021.

Kumpulan telah mencatatkan RM4.16 bilion bagi Premium Bertulis Kasar (GWP) untuk sembilan bulan pertama 2021, kenaikan 4.3 peratus berbanding RM3.99 bilion dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2020.

Jumlah Aset Keseluruhan Kumpulan meningkat 7.4 peratus kepada RM22.91 bilion setakat September 2021 berbanding RM21.33 bilion yang diraih tahun lepas, sementara Keuntungan Sebelum Cukai menurun 20.3 peratus kepada RM432.6 juta untuk sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding RM542.8 juta yang dicapai pada tempoh yang sama pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Zakri Khir, berkata: “Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran daripada pandemik, langkah-langkah kerajaan yang berterusan serta keadaan pasaran yang mencabar, perniagaan
insurans am dan hayat kami telah kembali pulih dan mencatatkan pertumbuhan yang menghasilkan keputusan berdaya tahan untuk Allianz dalam suku ketiga 2021.

“Bagi pihak Kumpulan, kami kekal merendah diri dan  berterima kasih kerana kami mampu kekal menguntungkan, terutamanya pada waktu sebegini.

“Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta situasi COVID-19 yang tidak menentu, kami akan terus berjaga-jaga, menggunakan strategi yang bukan sahaja akan menarik perniagaan dan keuntungan, tetapi juga berkhidmat kepada komuniti dengan lebih baik.”

Allianz General catat keputusan lebih baik dalam keputusan pengunderaitan dan keuntungan sebelum cukai Anak syarikat insurans am Allianz Malaysia; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) mencatatkan penurunan 0.6 peratus bagi GWP kepada RM1.79 bilion untuk sembilan bulan pertama 2021 dari RM1.80 bilion pada 2020.

Walau bagaimanapun, Keputusan Pengunderaitan Allianz General meningkat 22.3 peratus kepada RM188.5 juta untuk sembilan bulan pertama tahun ini dari RM154.1 juta yang diraih tahun lepas sementara Keuntungan Sebelum Cukai meningkat 7.0 peratus kepada  RM322.7 juta untuk sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding RM301.6 juta yang dicapai pada tempoh yang sama pada 2020.

Jumlah Aset setakat September 2021 adalah RM7.22 bilion, meningkat 1.1 peratus dari RM7.14 bilion pada 2020. Nisbah Gabungan Allianz General berada pada 88.2 peratus pada suku ketiga 2021, berbanding 89.7 peratus pada tempoh yang sama pada 2020.

“Suku ketiga 2021 menebus kembali kerugian akibat kawalan pergerakan pada bulan Jun tahun ini yang juga telah memberi kesan kepada penjualan kereta baharu. Dalam menarik perniagaan bukan motor, Allianz General telah melancarkan Allianz Business Shield, yang menawarkan pelan insurans yang boleh disuaikan serta perlindungan keuntungan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan kami, Syarikat telah menaik taraf perlindungannya untuk Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) dengan menambah bantuan tepi jalan percuma untuk motosikal 250cc.

“Selain itu, selari dengan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara, kami juga melancarkan dua buah kempen yang sedang berlangsung – Kempen 111 Motosikal dan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia untuk mempromosikan insurans mampu milik dan pada masa yang sama, memenuhi permintaan terpendam untuk insurans perjalanan,” kata Ketua Pegawai
Eksekutif Allianz General, Sean Wang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya