Sarawak: AirAsia tawar diskaun 30% - Utusan Malaysia

Sarawak: AirAsia tawar diskaun 30%

PEMBUKAAN sempadan negeri Sarawak bakal memacu industri pelancongan dan penerbangan domestik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena pembukaan semula perjalanan antara negeri ke Sarawak, AirAsia menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk semua tempat duduk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu, tempatan boleh dibuat di airasia Super App dengan menekan ikon `Flights’ dari sekarang hingga 24 Oktober ini untuk tempoh perjalanan dari 25 Oktober 2021 hingga 31 Mei 2022.

“Para tetamu yang mempunyai Akaun Kredit juga boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan ini,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, Pelancongan adalah salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi, merangkumi 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional dan hampir 8 peratus untuk Sarawak sahaja.

Beliau berkata, di samping menyediakan pekerjaan untuk lebih daripada 240,000 orang, iaitu hampir 20 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di Sarawak.

“Sejajar dengan peralihan seluruh negara ke tahap seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara dan disokong oleh kadar vaksinasi yang tinggi di Sarawak, keputusan kerajaan negeri adalah tepat pada masanya dan kami akan terus komited dan memberikan sokongan penuh untuk pembukaan dan penyambungan semula aktiviti perjalanan dan pelancongan di Sarawak.

“AirAsia mengalu-alukan keputusan ini dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan SDMC, kementerian dan agensi berkaitan di Sarawak.

“AirAsia ingin memberi jaminan bahawa kami telah melaksanakan standard keselamatan tertinggi sebagai sebahagian daripada rancangan mitigasi Covid-19 kami termasuklah hanya menerima tetamu yang divaksin sepenuhnya, mewajibkan daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang telah diintegrasikan dengan rekod vaksinasi daripada MySejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, untuk kemudahan dan ciri keselamatan tambahan, AirAsia akan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES tidak lama lagi untuk menyediakan pengalaman perjalanan digital dan tanpa kertas bagi meminimumkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangannya.

Kata Riad, sistem itu akan mula dilancarkan di KLIA2 pada November, sebelum diikuti oleh semua lapangan terbang lain di Malaysia termasuk Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

“FACES akan menjadikan proses pelepasan lebih pantas dan efisien dan kami menyeru semua untuk mendaftar sebagai pengguna FACES sekarang dengan hanya beberapa langkah mudah di airasia Super App.

“Apabila anda tiba di lapangan terbang, anda hanya perlu pergi ke mana-mana kaunter perkhidmatan untuk mengesahkan pendaftaran FACES dengan dokumen perjalanan anda dan anda tidak perlu lagi menggunakan sebarang dokumen di atas kertas untuk penerbangan seterusnya,” tambah Riad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN