Potensi pelaburan RM2.6 bilion dari Perancis - Utusan Malaysia

Potensi pelaburan RM2.6 bilion dari Perancis

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Perancis yang digerakkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berjaya menjana potensi pelaburan sebanyak RM2.6 bilion dan potensi eksport sebanyak RM300 juta.

Menurut kementerian itu, kejayaan itu membuktikan keberhasilan usaha berterusan negara untuk menarik pelaburan berkualiti dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dan rantaian bekalan global yang bernilai tinggi.

Katanya, minat yang ditunjukkan syarikat-syarikat Perancis semasa misi tersebut merupakan pemangkin utama dalam memperluas hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, terutamanya dalam bidang yang menyokong agenda mampan dan hijau yang digerakkan kedua-dua negara.

TIM ke Perancis berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Oktober lalu.

Misi tersebut bermula dengan sesi pertemuan dua hala antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Wakil Menteri Perdagangan Asing dan Ketertarikan Ekonomi Perancis, Franck Riester.

Dalam pertemuan tersebut, Mohamed Azmin menekankan komitmen Malaysia untuk menyokong ekosistem yang dibina melalui agenda kemampanan.

Menurut kementerian itu, Mohamed Azmin berkongsi sasaran Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih gas rumah hijau (GHG) seawal-awalnya pada 2050, yang turut disokong Riester.

“Kedua-dua menteri membincangkan pelbagai topik seperti strategi pemulihan ekonomi dalam fasa endemik, meneruskan reformasi dalam Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO), memanfaatkan kedudukan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan peluang pelaburan serta komersial dalam tenaga boleh baharu.

“Delegasi Malaysia turut mengulas minat terbaharu Perancis terhadap rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia dan melihat perkembangan baharu ini sebagai langkah untuk terus mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

“Minat Perancis terhadap rantau ini dialu-alukan memandangkan negara itu akan mengambil alih kepimpinan Majlis Kesatuan Eropah pada separuh pertama 2022,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kementerian itu, Mohamed Azmin turut mengadakan mesyuarat meja bulat bersama Mouvement des Enterprises de France (MEDEF) yang disertai 17 syarikat terkemuka termasuk peneraju industri seperti aeroangkasa, pertahanan, pengangkutan, kimi dan industri kimia, mesin dan peralatan, teknologi maklumat, pemeriksaan dan pensijilan serta perbankan.

Selain itu, Mohamed Azmin turut menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan MEDEF.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN