MAB, SEGi jalin kerjasama - Utusan Malaysia

MAB, SEGi jalin kerjasama

LAU Yin May (kiri) dan Stella Lau bertukar dokumen kerjasama di Petaling Jaya, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airlines Berhad (MAB) memeterai perjanjian dengan SEG International Group Sdn. Bhd. (SEGi) untuk mengembang dan memperkuat saluran bakat bagi industri penerbangan.

Kerjasama MAB dan SEGi akan menumpukan pada inisiatif yang luas termasuk latihan industri dan program penempatan pelajar, penganjuran lawatan industri, pengembangan agenda akademik yang digabungkan melalui penyertaan modul kajian dan pertukaran pengetahuan, serta aktiviti penyelidikan dan projek pengembangan produk.

Ketua Pemasaran Kumpulan dan Pegawai Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, peranan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan nasional bukan sekadar memberikan perkhidmatan syarikat penerbangan tetapi juga menyedari keperluan untuk mempersiap bakat masa depan yang bakal berkhidmat untuk industri penerbangan atau pelancongan.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan SEGi untuk menyumbang ke arah meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pada masa sama meningkatkan daya saing dalam bidang yang diminati.

“Kami berharap dapat memulakan kerjasama yang membolehkan pelajar meneroka penyelidikan serta pengembangan produk dan perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines sambil mempromosikan pengalaman belajar secara langsung dan terlibat dalam projek menarik dengan Malaysia Airlines,” katanya dalam kenyataan.

Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut dimeterai di antara Yin May mewakili MAB dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kolej SEGi, Stella Lau di Akademi MAB di Kelana Jaya, semalam.

Melalui MoU tersebut, pelajar SEGi dapat menikmati banyak faedah daripada program perjalanan pelajar digital Malaysia Airlines, MHexplorer, seperti potongan harga istimewa sehingga 30 peratus untuk penerbangan ke semua destinasi dan jenis tambang serta bagasi tambahan 10 kilogram.

Mereka juga dapat menikmati pertukaran tarikh percuma di semua jenis tambang penerbangan, akses keistimewaan dan faedah gaya hidup Enrich, serta pemberian promosi eksklusif kepada rakan dan keluarga melalui kod promo.

Selain itu, Enrich juga akan menganugerahkan satu poin untuk setiap RM2 perbelanjaan yuran pendidikan bagi pelajar yang mengikuti SEGi-University of Sunderland MBA dan BA
(Kepujian) Program Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan Antarabangsa

Poin Enrich juga boleh digunakan untuk penebusan e-baucar bernilai sehingga RM500 untuk membayar semua yuran pendaftaran program.

Sementara itu, Stella memaklumkan, kerjasama itu membolehkan pelajar Fakulti Perniagaan, Perhotelan dan Pelancongan SEGi lebih pendedahan sebelum masuk ke dunia pekerjaan.

“Kedua-dua pihak akan saling melengkapi strategi perniagaan masing-masing dalam mengembangkan bakat terbaik di peringkat global. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dari pakar industri sambil memberi sumbangan kepada masyarakat dan ekonomi tempatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya