Benarkan peniaga berniaga tanpa bayar cukai, fi  - Utusan Malaysia

Benarkan peniaga berniaga tanpa bayar cukai, fi 

BANYAK PKS menghadapi kesukaran untuk memohon pembiayaan disebabkan laporan kredit yang terjejas akibat pandemik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyarankan kerajaan untuk membenarkan peniaga-peniaga kecil berniaga di tempat-tempat yang disediakan tanpa membayar sebarang cukai atau fi bagi membantu menambah pendapatan rakyat.

Presidennya, Abdul Halim Husin berkata, semasa pandemik ini, banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk, justeru dengan cara itu, mereka mampu menstabilkan semula pendapatan.

“Selain itu, terdapat peniaga yang ingin mendapatkan bantuan kewangan tetapi oleh kerana laporan kredit mereka telah terjejas, ia telah dijadikan sebagai alasan oleh pihak bank untuk tidak memberikan bantuan tersebut.

“Kami mencadangkan kerajaan untuk menyediakan dana untuk diberikan kepada badan bukan perbankan supaya ia dapat disalurkan kepada peniaga-peniaga yang memerlukan sekali gus membantu menyemarakkan ekonomi dalam negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Halim menekankan, dalam Belanjawan 2022, antara perkara yang terpenting adalah pembiayaan semula kepada usahawan supaya mereka boleh menjana semula perniagaan serta pendapatan yang telah terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan lebih dari setahun.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, selain untuk PKS, agihan Belanjawan 2022 perlu ditumpukan kepada insentif-insentif penyediaan infrastruktur yang kondusif untuk persekitaran dan aktiviti ekonomi yang lebih rancak.

Jelas beliau, suntikan fiskal yang merangsang kewujudan pekerjaan baharu dan yang mampu menaikkan kebolehan modal insan, berdaya saing khususnya penggunaan teknologi dan pendigitalan boleh membantu menambah pendapatan kerajaan.

“Peruntukan dalam bidang-bidang tersebut akan memberi isyarat kepada pelabur-pelabur tentang komitmen kerajaan dalam memulihkan dan memperkasakan ekonomi.

“Pada masa yang sama, ia juga akan memberi keyakinan kepada mereka untuk melabur semula ke dalam Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya