PETALING JAYA: MR D.I.Y. Group (M) Berhad menerima tiga anugerah di Anugerah Korporat Pelabur Institusi ke-11 Alpha SEA minggu lalu, selepas hanya setahun disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat tersebut dinobatkan sebagai penerima anugerah Hubungan Pelabur Paling Teratur dan Sokongan Pengurusan Senior IR Terbaik sementara Naib Presiden Kanan Kewangannya, Lim Chen Hwee, dinobatkan sebagai CFO Terbaik di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, pengiktirafan tersebut adalah hasil usaha kolektif pasukan…










