PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan dua inisiatif baharu untuk majikan bagi meringkan pengurusan aliran kewangan mereka ketika tempoh pandemik, sekali gus membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab statutori ke atas pekerja. Menurut KWSP, inisiatif itu ialah pengecualian caj lewat bayaran caruman dan tawaran insentif pengurangan caj lewat bayar (e-PaR). Jelasnya, di bawah pengecualian caj lewat bayar caruman, majikan diberi kelonggaran untuk tempoh membayar caruman bulan semasa. “Manakala melalui inisiatif…









