PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) terus memainkan peranan membantu komuniti yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Sepanjang Julai lalu, Northport telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pengedaran 2,000 set bungkusan makanan asas kepada masyarakat kurang berkemampuan di sekitar daerah Klang. Menurut Northport, bagi memastikan penyaluran bantuan yang cekap dan berkesan, syarikat telah bekerjasama dengan lebih 20 masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengenal pasti penerima yang layak.…